Demi mengekalkan kualiti perkhidmatan berpusatkan insani kami, kami mengehadkan pendaftaran kepada 50 profil baharu setiap bulan.

Hentikan Swiping Tanpa Kesudahan. Temui Pasangan yang Berkongsi Deen Anda.

Dipandu oleh Insan, Bukan Algoritma.
Tiada yuran pendahuluan. Anda hanya membayar setelah kami menemui pasangan yang benar-benar anda cintai.
Halal Connection

CARA IA BERFUNGSI

Perjalanan Anda Mencari Jodoh

Alami proses mencari jodoh kami yang selamat, terjamin, dan berpandu, direka teliti untuk membantu anda mencari padanan yang sesuai dengan tenang

1

Penapisan Keikhlasan

Kami tidak menerima sebarangan orang. Penilaian ketat kami memastikan anda hanya bertemu dengan mereka yang sama serius dengan anda tentang perkahwinan.

2

Padanan Tepat

Pasukan kami yang prihatin meneliti dengan teliti dan memberikan cadangan tepat untuk pasangan paling sesuai untuk anda, menjadikan cinta lebih mudah

3

Mula Berbual

Berhubung dengan selamat melalui kumpulan sembang LINE yang diselia oleh pendamping kami yang dipercayai

Status Keserasian (Pulse Check)

Pulse Check adalah penanda aras unik kami yang dipandu pengiring (chaperone) bagi mengekalkan kejelasan niat. Ia direka bagi mengelakka 'ghosting' atau perbualan yang canggung dengan mempertimbangkan aspek keserasian secara tertib. Jika kedua-dua pihak berhasrat untuk meneruskan, hubungan akan semakin berkembang. Jika tidak, kami akan mengakhirinya dengan penuh rasa hormat.

Minggu 1: Tautan Awal

Kami akan bertanya khabar untuk memastikan bahawa anda berdua merasai bibit keserasian pada awal perkenalan.

Minggu 2: Tinjauan Visi

Satu pencapaian yang lebih mendalam untuk mengesahkan bahawa nilai teras dan matlamat masa depan anda sehaluan.

Minggu 3: Hubungan Mendalam

Peringkat terakhir di mana kedua keluarga kebiasaannya mula berkenalan bagi mengukuhkan lagi tujuan secara terhormat.

Penghujung Era 'Ghosting'

Pada kebanyakan aplikasi, dibiarkan sepi tanpa khabar seringkali terjadi. Tetapi di AzwajaMatch, barisan pengiring kami sentiasa memastikan agar anda mendapat pencerahan, kata putus ataupun sebuah perhubungan yang mendalam. Tiada lagi persoalan 'apa yang berlaku...'.

KELEBIHAN KAMI

Kenapa Pilih AzwajaMatch

Alami platform mencari jodoh unik yang menggabungkan nilai-nilai Islam dengan teknologi moden, direka khas untuk Muslim di Asia

Keaslian & Kepercayaan

Kami memastikan tiada profil palsu atau pengguna yang tidak ikhlas melalui proses tapisan yang ketat, termasuk pengenalan melalui video. Maklumat peribadi anda kekal selamat dan tidak akan dikongsi kepada umum, supaya privasi anda terjamin. Dengan cara ini, komuniti kami dipenuhi oleh mereka yang benar-benar serius dan komited mencari pasangan hidup.

Authenticity & Trust
Guided Connections

Hubungan Terarah & Bermakna

Penat dengan ‘ghosting’ dan perbualan yang canggung? Pengiring kami sedia membimbing apabila anda memerlukannya, dan sistem Pulse Check kami memastikan setiap perbualan mempunyai tujuan yang jelas. Kami membantu anda melangkaui perbualan kosong untuk membina hubungan yang bermakna, supaya masa anda tidak terbuang.

Bayar Hanya untuk Hasil

Tidak seperti platform lain yang mengenakan bayaran bulanan tanpa jaminan, model harga kami mudah dan adil. Anda hanya membayar setelah padanan disahkan dan kedua-dua pihak bersetuju untuk memulakan perbualan. Ini bermaksud pelaburan anda terus dikaitkan dengan hasil yang berjaya.

Pay For Results

Ditemukan & Diijabqabul

Kisah Kejayaan dari Komuniti Kami

"

"Menguruskan hal perkahwinan di luar negara dengan bahasa yang berbeza amat merisaukan, tapi sokongan tulus yang kami perolehi jauh mengatasi sekadar penggunaan aplikasi biasa."

F. (London) & C. (Taiwan)

"

"Bimbingan yang kami nikmati berjaya merapatkan jurang rentas budaya bersama halangan bahasa antara dua keluarga. Dengan menyatukan pelbagai bahasa & budaya, platform ini mengemudi naluri kami lantas meletakkan asas kukuh demi menelusuri pelbagai onak dan duri."

A. (Australia) & S. (Perancis)

Abdullah - Founder of AzwajaMatch

Sepucuk Surat daripada Pengasas Kami

"Saya sering menerima pertanyaan daripada Muslim ikhlas yang mencari pasangan seiman tanpa mengabaikan Deen mereka. Ternyata meskipun terdapat pelbagai platform sedia ada, generasi bakal pelapis kita masih bergelut—dan ada kalanya, mula menjauh daripada komuniti asbab mereka asyik menemui kebuntuan."

"Saya menyedari bahawa, andai titik penyelesaian semasa sudah memadai, jurang sebegini tidak akan lagi wujud di rantau ini. Saya tidak mampu hanya berdiam seraya mempunyai kemampuan untuk membina sesuatu yang lebih baik. AzwajaMatch lahir atas dasar keperluan untuk memenuhi tuntutan unik komuniti kita bagi memastikan tiada lagi yang terpaksa diantara memilih agama atau takdir masa depan mereka."

Abdullah Cheng

@at_taywani

🕌 Masjid Agung Taipei
🎤 Penceramah Islam
💻 Jurutera Perisian

Bersedia untuk Memulakan Perjalanan Mencari Jodoh Anda?

Sertai ribuan Muslim yang berminat mencari padanan sempurna mereka melalui platform mencari jodoh halal kami. Ucapkan 'Bismillah' dan mulakan sekarang juga!

Daftar Percuma 100%Patuh SyariahProses Berpandu